Memang tepat kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu Perdana Menteri akan datang tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Yang di-Pertuan Agong dengan kebijaksanaan Baginda akan memperkenankan siapakah Perdana Menteri daripada gabungan politik yang memenangi PRU15.
Jadi tidak patut lawan BN cuba mendahului perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan memprovokasi serta membuat spekulasi tentang calon Perdana Menteri.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dengan Perlembagaan yang jelas, bukan sebuah negara yang terikat kepada sentimen dan propaganda politik.
Maka biarlah proses demokrasi di Malaysia itu berlangsung dengan lunas-lunas Perlembagaan Negara secara aman, teratur dan makmur.
Terimalah juga hakikat Ahli Parlimen gabungan politik yang menang yang akan mengemukakan calonnya untuk menjadi Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
Parti kalah PRU15 tidak layak memilih seperti BN tidak masuk campur semasa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Justeru, memang tepat persoalan dibangkitkan Tok Mat mengapa lawan BN yang kelihatan tersangat sibuk tentang calon Perdana Menteri daripada BN.
Lawan BN sudah tahu bahawa BN akan menang majoriti pada PRU15 oleh itu cuba menuntut calon Perdana Menteri BN yang tidak akan menjejaskan mereka.
Sehubungan itu juga, diharap Ismail Sabri dan rakan-rakan berhenti mempromosikan diri sendiri sebagai bakal PM memandangkan hak itu kini telah dipindahkan kepada YDPA untuk membuat pemilihan.
-Mynewshub