Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Tikam Majikan Akibat Ditegur...

RIAU - Seorang pembantu warung menikam dada majikannya hanya kerana berang selepas ditegur lambat...

7 Kematian Akibat Banjir...

Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir berikutan angin kuat dan hujan lebat lebih...

PRN: Mana Pergi Wang...

KUCHING - Bagi sesiapa yang rajin mengikuti ceramah kempen DAP pada Pilihan Raya...

Video: Campak Duit, Panggil...

TINDAKAN dua individu yang biadap memaki hamun seorang penguatkuasa dipercayai dari Majlis Bandaraya...

Laluan Kuala Terengganu ByPass Dibuka

Kuala Terenggganu : Projek Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu ByPass) yang membabitkan kos RM384.3 juta dibuka secara rasmi hari ini sekali gus mampu memberi manfaat kepada 70,000 pengguna.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek membabitkan laluan 5.8 kilometer itu diluluskan Kerajaan Persekutuan pada

Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Beliau berkata, ia membabitkan kos siling sebanyak RM250 juta namun kos projek meningkat kepada RM384.3 juta disebabkan peningkatan kos pengambilan tanah.

“Kalau mengikut tempohnya, biasanya projek jalan sepanjang hampir enam KM ini tidak lama tetapi disebabkan cabaran untuk melaksanakan termasuk pengalihan utiliti, pengambilan tanah, Covid-19 dan sebagainya ia mengambil masa yang lama.

“Alhamdullillah, projek ini dapat disiapkan hasil kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri walaupun pelbagai cabaran termasuk ada tambahan masa dan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pembukaan Jalan Pintas Kuala Terengganu dan PenyampaianSurat Setuju Terima(SST) Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Fadillah bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Fadillah berkata, pembukaan jajaran itu juga sebagai laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan FT03 sedia ada di Bandaraya Kuala Terengganu terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan utama dan cuti sekolah.

Katanya, ia juga akan meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna Pantai Timur dan mampu menjana ekonomi di kawasan Kuala Terengganu khususnya kepada sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

“Projek ini bermula di persimpangan Tok Molor dan berakhir melintasi Simpang Tok Ku (dahulunya dikenali sebagai Bulatan Sultan Mansor) dan bersambung di Laluan FT03 Kota Bharu-Kuala Terengganu.

“Keseluruhan laluan yang direka bentukadalah sepanjang 5.8 KM secara empat lorong dua hala menggunakan piawaian U5 serta membabitkan persimpangan bertingkat di Simpang Tok Molor dan Simpang Tok Ku,” katanya.

Sebelum ini, Fadilah mengumumkan jalan pintasan Kuala Terengganu itu akan dibuka pada April lalu sekali gus akan mengurangkan kesesakanyang biasanya berlaku pada Hari Raya Aidilfitri.

Pembukaan lebih awal berbanding jadual asal itu susulan jaminan yang diberikan kontraktor terbabit namun ia tidak sempat digunakan berikutan kerja-kerja kemasan yang belum siap.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori