Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ebola: 2 Pakar Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Dua Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia iaitu Dr, Rosemawati Ariffin...

Deklarasi Mahathir: Polis Akan...

KUALA TERENGGANU - Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang...

Pakatan Harapan Ketandusan Calon...

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri...

Sesco Perjelas Insiden Di...

MIRI - Sarawak Sesco Berhad berkata sekumpulan individu yang pergi ke kediaman seorang...

Lebih Setahun Rakyat Tunggu Audit Kutipan Dana Syed Saddiq

Penyandang Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman usah berbicara ‘poyo’ menjelang PRU15 konon mahu membersihkan politik Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Konon beliau dan parti MUDA yang ditubuhkannya mahu memajukan negara ini sebagai sebuah negara yang bermaruah, maju dan berintegriti.

Mungkin beliau terlupa pertuduhan pecah amanah sedang dihadapinya di mahkamah yang mana pendakwaan berjaya membuktikan prima facie.

Beliau malah sehingga hari ini belum membersihkan dirinya dalam isu kutipan dana RM1.4 juta selepas lebih setahun mendakwa dana itu akan diaudit.

Setakat ini tidak lagi hasil audit oleh firma pengauditan tersebut didedahkan kepada umum oleh Syed Saddiq untuk membersihkan kisah politiknya.

Syed Saddiq dalam kenyataan terbaru mendakwa MUDA telah beri bantuan bernilai RM50 juta termasuk 2,000 laptop/tablets dan 35,000 foodbasket.


Beliau namun mengakui “MUDA tak adalah sehebat parti-parti lain”, jadi dari manakah bantuan bernilai RM50 juta itu diperoleh?

Jika ia termasuk hasil kutipan dana, maka sewajarnya audit seperti mana yang pernah diumumkan beliau didedahkan kepada pengetahuan ramai.

Laporan audit profesional itu penting diketahui umum bagi mengesahkan dari mana dana itu diperoleh supaya rakyat boleh membuat justifikasi yang tepat.

Sebagai contoh adakah dana itu daripada DAP atau taikun-taikun berkepentingan DAP kerana ia mustahak diketahui pengundi muda Melayu.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori