Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kisah Saman Sivil Jabatan...

1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri...

Pengusaha China Berminat Beli...

PENGUSAHA China dilaporkan berminat membeli kelab elit Liga Perdana, Liverpool. Pengusaha itu memberikan tawaran...

2 Rumah Kedai Terbakar...

GEORGE TOWN - Dua rumah kedai dua tingkat di bangunan berusia ratusan tahun...

Selangor : Anwar Nafi...

Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan...

Lima Penjuru Di Kubu Kuat BN, Tanjong Karang

KUALA SELANGOR : Kerusi Parlimen Tanjong Karang yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Selangor menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof dicabar Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Kerusi itu turut ditandingi Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando dari Gerakan Tanah Air (GTA) dan pesara kerajaan yang bertanding sebagai calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol.

Pengumuman rasmi senarai calon itu dilakukan Pengarah Pilihan Raya Bahagian Tanjong Karang, Mohd. Raiz Radzuan di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang di sini, hari ini. Kira-kira 200 penyokong parti bertanding berkumpul di sekitar kawasan dewan itu sejak pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan Kosmo/ Utusan Malaysia mendapati suasana bagaimanapun agak suram berbanding kemeriahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Kerusi Parlimen itu menjadi tumpuan sebelum ini apabila Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang juga penyandang tidak terpilih sebagai calon dan mempertahankan kubu terakhir parti itu.


Namun, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri semalam menegaskan tidak akan berganjak untuk terus menyokong dan memperjuangkan BN kerana beliau bukan pengkhianat parti.

Noh berjaya mempertahankan kemenangan kerusi P095 itu sejak 1995 melalui PRU9, PRU10, PRU11, PRU12, PRU13 dan PRU14.

Pada PRU14, Noh yang juga calon BN-UMNO memperoleh majoriti 1,970 undi selepas menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad.

Statistik terbaharu SPR merekodkan seramai 62,194 pengundi akan menentukan wakil rakyat kerusi Parlimen itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori