Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Orang Iceland Tegur Nora...

BUKAN fenomena biasa di sini jika lihat orang sedang melepak dan meluangkan masa...

Lelaki Bakar Diri Di...

WASHINGTON - Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas dipercayai membakar diri di hadapan...

LPB Pemangkin Lonjakan Baharu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya projek Lebuhraya...

Malaysia Mara Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Pasukan skuasy remaja lelaki negara mara ke separuh akhir Kejohanan...

LRT Tergendala: Pakar Dari Kanada Bantu Proses Baik Pulih

PETALING JAYA – Pasukan pakar dan jurutera luar negara, Thales Group Kanada akan menyertai kumpulan jurutera Rapid Rail malam ini (Khamis) bagi mempercepatkan proses baik pulih gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di beberapa stesen yang terjejas ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Mohd Azharruddin Mat Sah berkata, penyertaan pasukan pakar luar negara itu dibuat bagi mempercepatkan proses baik pulih gangguan di Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park yang membabitkan 16 laluan.

Jelas Mohd Azharuddin, pada jam 10 malam Rabu pihaknya telah menjalankan ujian pergerakan tren LRT laluan Kelana Jaya di antara Stesen Ampang Park dan Stesen KLCC.

“Ujian ini penting bagi pihak pihak kejuruteraan Rapid Rail bersama pengilang peralatan asal (OEM) LRT untuk mengenal pasti log yang dijana bagi membolehkan punca sebenar dapat diketahui.

“Pakar dari luar negara, Thales Group Kanada akan menyertai kejuruteraan Rapid Rail malam ini untuk meneliti masalah yang dihadapi.

“Kami berharap dengan bantuan pakar dan jurutera luar negara ini dapat mempercepatkan proses baik pulih sistem ATC,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Rapid Rail Subang, di sini pada Khamis.


Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohd Azharuddin turut memaklumkan kira-kira 100 buah bas perantara disediakan bagi melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas.

“Setakat ini keadaan terkawal dengan pertambahan perkhidmatan bas perantara dan purata masa menunggu bagi perkhidmatan bas adalah lima minit,” katanya.

Pada Rabu, Rapid KL memaklumkan sebanyak 16 stesen LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Antara stesen terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi dan Bangsar.

Stesen lain yang terjejas adalah Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori