Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Abu Bakar Bashir Akan...

KUALA LUMPUR - Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi Bahagian...

Empat Polis Perancis Maut...

TARBES - Empat pegawai polis Perancis maut apabila helikopter mereka terhempas di Pyrenees,...

Keluarga Wanita Rayu Orang...

KOTA BHARU - Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel...

Bekas Pramugara Pilih Ternak...

PUCHONG - Pernah bertugas di langit biru dan kemudiannya menjadi kakitangan di pejabat...

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

SEREMBAN – Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha untuk memajukan Malaysia, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon BN di kerusi Parlimen Rembau itu berkata, pembentukan kerajaan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main tetapi perkara yang perlu diambil serius bagi memenuhi keperluan rakyat dan pelaksanaan urus tadbir sesebuah kerajaan.

“Kita bukan kerajaan budak-budak… menguruskan negara perlu serius dan praktikal. Kita dah lama mentadbir dulu dan mempunyai pengalaman jadi kita tahu dari aspek mana yang perlu diberi perhatian.


“Usaha kita untuk mengukuhkan kepercayaan terhadap kerajaan supaya rakyat berasa selesa dengan kerajaan yang mantap dan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini mengulas manifesto BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Manifesto yang menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN (Padu) itu merupakan tawaran baharu yang segar atau ‘a new and fresh deal’ daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori