KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan pembukaan enam lembah makanan baharu di seluruh negara, serta melahirkan 5,000 petani muda dalam tempoh lima tahun, bagi mengatasi isu kekurangan bekalan makanan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menerusi dokumen manifesto BN, petani generasi moden di bawah usia 40 tahun itu akan dilatih di bawah program atau akademi khas dengan kerjasama industri.
“Subsidi 50 peratus pembiayaan latihan kemahiran dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan dan perusahaan luar bandar.
“Agenda Cekap Tani Cukup Makan dilebarkan dengan penggunaan teknologi moden secara besar-besaran dalam ekonomi desa seperti ‘precision farming’ dan penggunaan Internet-of-Things (loT),” katanya.
BN turut menjanjikan untuk menghapuskan permit import (AP) dalam import agro-makanan, khususnya produk yang tidak mempunyai pengeluaran domestik. Cadangan lain ialah mewajibkan 10 peratus ladang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikhususkan untuk penghasilan makanan.
-Berita Harian