KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan kuota khusus untuk belia dilantik sebagai senator di Dewan Negara.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Itu antara 99 inisiatif yang terkandung dalam dokumen Manifesto BN, yang dibentangkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.
Selain itu, BN juga akan menubuhkan Jawatankuasa Belia bagi semakan dasar di Parlimen.
Ketika ini, keanggotaan Ahli Dewan Negara adalah seramai 63 orang iaitu 39 yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, sementara 24 ahli lagi adalah pilihan negeri.
-Berita Harian