Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ingatkan ‘GrabCar’ Rupa-Rupanya Kereta...

SEORANG pemuda menghadapi detik mencuit hati apabila dia dikatakan tersalah masuk sebuah kereta...

APMM Apung Bot Karam...

KUANTAN - Bot nelayan yang karam kira-kira empat batu nautika dari Pulau Layak,...

Jualan Murah Rambutan Anak...

KUCHING – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meneruskan aktiviti jualan Rambutan Anak...

Keputusan Ambil Alih Lebuh...

BESTARI JAYA - Kabinet dijangka membuat keputusan berhubung pengambilalihan lebuh raya pada penghujung...

Maszlee Berdepan Empat Penjuru Di Simpang Renggam

KLUANG – Proses penamaan calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu menyaksikan hampir 300 penyokong memenuhi pekarangan Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Meskipun hujan renyai pada awal pagi, ia tidak menghalang penyokong hadir memberikan sokongan kepada calon dengan melaungkan kata-kata semangat dan bersorak.

Parlimen Simpang Renggam menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pengerusi UMNO dan BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berdepan penyandang kerusi berkenaan Dr Maszlee Malik (PH-PKR), Mohd Fazrul Kamat ( PN- Bersatu) dan Kamal Kusmin (GTA- Putra).

Pengumuman pencalonan keempat-empat calon berkenaan dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Simpang Renggam, Abdul Hakim Abd Manap di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi Parlimen Simpang Renggam dimenangi Dr Maszlee dengan 18,157 undi, berbanding calon Lian Teck Meng (BN) meraih 14,682 undi, manakala Mohd Jubri Selamat (Pas) mendapat 2,983 undi. Dr Maszlee menang dengan majoriti 3,475 undi.

Tarikh mengundi bagi PRU15 ditetapkan pada 19 November undi awal pada 19 November.

Sebelum itu, Dr Maszlee bersama penyokong tiba jam 8.40 pagi diikuti Hasni yang ditemani penyokong dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba jam 8.55 pagi sebelum Mohd Fazrul dan Kamal tiba jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori