PETALING JAYA : MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa MIC pertimbang untuk tidak menyertai PRU15 kali ini.
Menurut kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran, mesyuarat tergempar esok akan menentukan keputusan sama ada MIC akan terima atau menolak kerusi-kerusi yang ditawarkan dalam PRU15.
Beliau berkata, tiada pemimpin MIC menghadiri acara pengumuman calon Barisan Nasional malam ini.
-Utusan Online