Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bekas Timbalan Pengarah Dapat...

SEREMBAN - Biarpun hanya meraih keputusan C+ bagi dua mata pelajaran dalam peperiksaan...

“Hanya Speaker Dun Dapat...

GEORGE TOWN - Wakil PAS, Datuk Mohd. Salleh Man berkata kedudukannya sebagai pembangkang...

Tiga Kakitangan JKM Tangkak...

JOHOR BAHRU: Tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tangkak direman lima hari kerana...

Karnival 4 Hari Serikan...

KARNIVAL selama empat hari bermula 28 hingga 31 Mei ini bakal diadakan bersempena...

MIC Nafi Tawar RM10 Juta Kepada Prabakaran

KUALA LUMPUR – MIC membuat satu laporan polis berhubung kenyataan dibuat penyandang Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran yang mendakwa ditawarkan RM10 juta untuk melompat parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, kenyataan itu dibuat Prabakaran dalam satu ceramah baru-baru ini sebelum ia tular selepas satu video berdurasi 35 saat terbabit dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menerusi akaun @keadilancabangbatu.

Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk S Rajah ketika ditemui menafikan dakwaan terbabit dan menyifatkan kenyataan itu sebagai langkah terdesak untuk meraih undi.

“Saya nak bagi tahu memang tiada mana-mana individu tawarkan RM10 juta kepada dia, tak masuk akal, itu adalah fitnah.

“Dia macam dah tiada ‘modal’ dan dia cerita dia dapat tawaran daripada MIC, ini adalah fitnah yang tidak bagus,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Selasa.


Bagaimanapun, S Rajah menegaskan pihaknya akan bertolak ansur sekiranya Prabakaran menarik balik kenyataan terbabit dan mengemukakan permohonan maaf.

“Kita ada ruang untuk budi bicara, jika dia tarik balik kenyataan dan meminta maaf secara profesional, kita akan tarik balik laporan,” tegas beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori