PETALING JAYA : Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan perbincangan pada malam ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembentukan kerajaan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
“Saya dimaklumkan malam ini ada mesyuarat MT. Saya nak tanya orang UMNO Johor, sanggupkah kita bersekongkol dengan PH-DAP?,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.
Terdahulu, Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.
Desas-desus kerjasama BN dan PH sedang bertiup kencang apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Dalam itu, PN pula memaklumkan mereka sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara, dengan jumlah yang menyokong melebih 112 SD.
-Utusan Online