Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Nora Danish ‘Lebar Sayap’...

PELAKON jelita, Nora Danish kini terus 'lebarkan sayap' dalam bidang perniagaan dengan membuka...

Gempar NGO Asing Beri...

SEJAK beberapa hari lepas gempar di media sosial sedutan rakaman forum di Washington...

Perlu Seimbangkan Kemajuan Duniawi,...

DUNGUN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat...

Peluang Pemaju Usahakan Projek...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah membuka peluang kepada pemaju untuk mengusahakan 1,922 unit...

Nurul Izzah Dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dijangkiti COVID-19 dan tidak menghadiri Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P044 Permatang Pauh pada malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkongsi perkara itu di laman sosial Facebook (FB) hari ini dan memohon maaf tidak dapat bersama dalam majlis itu.

“Namun, majlis ini akan tetap berlangsung malam ini seperti yang dirancang.

“Insya-Allah, saya akan bertemu jentera yang membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya,” katanya.

Beliau juga memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan sedang menanti hari untuk selesai kuarantin bersama suami untuk keluar dari wad.


“Mohon doakan. Mudah-mudahan Majlis Kesyukuran malam ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) beliau tumpas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan apabila memenangi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat ayahnya dan keluarga sejak 1982.

Fawwaz yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,272.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori