Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cuti Umum Hari Keputeraan...

KUALA LUMPUR - Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah...

Muntah Yang Jijik Tapi...

SEBUT sahaja tentang muntah, pasti akan rasa jijik dan kembang tekak bukan? Namun...

OP Mega : 13...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

China Beri Keutamaan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk...

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

KITA faham mungkin ada di kalangan orang Melayu ada ketidakpuasan hati dengan individu tertentu dalam BN/UMNO.

Namun, mengundi untuk memilih kerajaan tidak boleh dibuat bersandarkan emosi kerana kesan kemusnahan yang bakal kita tanggung adalah lama nanti.

Ingat kata Ustaz Kazim masa PRU14 : Jangan kata 5 tahun tuan-tuan dan puan-puan, lima jam pun diaorang boleh buat macam-macam.

Jangan ikut emosi. Ikut keperluan.

UMNO perlu berkuasa untuk menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu.

Namun, UMNO yang bersifat moderate/sederhana juga menjaga kepentingan kaum lain melalui BN selama puluhan tahun.

Yang perlu kita berikan keutamaan ialah keperluan, bukan emosi benci kita kepada sesiapa.

Ok…berbalik kepada tajuk rencana.

Jangan rugikan undi anda kepada PN.

Kenapa?

Kerana kalau anda undi PN pun, jumlah kerusi yang mampu dimenangi PN dalam 50 sahaja paling tinggi, mungkin kurang.

Sama sekali tidak boleh membentuk kerajaan.

Apa pilihan yang ada pada PN nanti? Bergabung dengan parti lain?

Masalahnya, siapa yang mahu membentuk perikatan dengan PN?

Blok Borneo yakni GPS dan GRS tidak akan berbuat demikian selepas Muhyiddin membuat kenyataan yang menguris hati penganut Kristian.

Pemimpin Islam di Sabah dan Sarawak menghormati pandangan dan perasaan masyarakat Kristian kerana mereka saling menghormati satu sama lain dan hidup aman muhibah.

So…perikatan politik dengan Blok Borneo sudah tertutup.

Tinggal dengan PH? Memang tidak la.

Muhyiddin dilihat pengkhianat dalam PH selepas meninggalkan PH melalui langkah Sheraton dahulu.

Ditambah dengan ada pengikut PAS menyebut mahu sembelih orang kafir, walaupun sudah memohon maaf, namun kenyataan itu meresap masuk dalam hati masyarakat bukan Islam.

So…tinggal siapa? BN?

BN sendiri tidak akan berminat untuk membentuk pakatan kerana jika undi Melayu pecah di PRU15, BN pun akan ada jumlah kerusi yang sedikit.

Nak bergabung pun tak cukup, dan Blok Borneo memang tidak akan melayan BN kalau mahu bawak PN sekali.


Justeru, PN mungkin akan ada beberapa puluh kerusi kalau undi Melayu pecah, tetapi ia akan tergantung macam itu sahaja.

Maksudnya undi orang Melayu kepada PN adalah undi yang tak bawak ke mana.

Undi yang sia-sia silap hari.

Kenapa bazirkan undi kepada pihak yang salah? Baik beri kepada UMNO agar ia benar-benar kuat.

Faham tak setakat ini?

Bahaya kedua pecah undi ialah PH akan menang.

Di kebanyakan Parlimen, pengundi Melayu dalam 60 peratus atau kurang sahaja.

Anwar dah PH memang boleh dapat sekitar 40% undi masyarakat Cina dan India. Sejumlah orang Melayu juga akan mengundi PH.

Maka, kalau undi Melayu yang berbaki antara 50 ke 60 peratus pecah antara PN dan BN, hampir pasti PH akan menang.

Maka menjelang Ahad kita akan melihat muka-muka pemimpin DAP mula memenuhi pejabat Kementerian di Putrajaya.

Maka menjelang minggu depan, cerita hendak kurangkan kakitangan awam atau menamatkan pencen akan mula kedengaran kembali.

Tepuk dada tanya selera…anda mahu mengundi ikut emosi kerana benci sesorang, atau anda akan mengundi mengikut keperluan?

Kalau marah seseorang dalam UMNO dan undi PH atau PN…itu emosi.

Kalau anda memilih keperluan, yakni UMNO perlu berkuasa dan kuat agar hak dan keistimewaan Melayu terus terjaga, maka undi BN.

Seharusnya keperluan mendahalui perasaan atau emosi. – MYNEWSHUB

………………..

Ada tiga point dalam rencana ini :

SATU – Jangan undi PN kerana marah seseorang dalam UMNO. Umpama kita marah dengan seseorang dalam rumah kita, setakat marah sudah la. Jangan pula pergi bakar rumah tempat kita berteduh tu. Marah pada seseorang, marah la, tapi jangan jadikan UMNO lemah dan tidak mampu menjaga kita lagi.

KEDUA – Undi kepada PN memang akan merugikan kuasa mengundi kita. PN tidak akan mampu untuk membentu kerajaan.

KETIGA – Pecah undi sahaja, PH akan menang dengan mudah. Sebab emosi, sebab salah pilih seperti masa PRU14 lalu, maka kita akan menerima padah lagi sekali.

Kalau rencana ini anda rasa berguna, maka sebarkan la ia. Masih sempat membawa kesedaran kepada orang Melayu agar JANGAN mengundi ikut perasaan, tapi mengundi ikut keperluan. Dan jangan sama sekali pecahkan kuasa undi anda.

Sila share

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori