Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Apa Kes Ni, Pakcik...

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video seorang awek bertudung mengamuk kerana...

Bina Bangunan Baru Bilik...

KOTA BELUD - Kementerian Pendidikan akan membina bangunan baharu bilik darjah mengikut keperluan...

Pogba, Hazard Terbangkan Tukang...

PANDAI menggayakan potongan rambut yang cantik menjadikan tukang gunting rambut dari London, Ahmed...

Lelaki Myanmar Maut Motosikal...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar...

Parlimen Batu: MIC, MCA Berdamai

KUALA LUMPUR : Isu perebutan kerusi Parlimen Batu antara MIC dan MCA selesai cara baik selepas perbincangan kedua-dua parti hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon BN Parlimen Batu, Datuk A. Kohilan Pillay berkata, perbincangan yang dilakukan tersebut berakhir dengan perkara positif apabila MCA Batu memberi kata putus untuk bersama-sama berjuang di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, MCA Batu tidak akan memboikot daripada bersama-sama jentera BN untuk menawan Parlimen Batu, malah akan memberi sokongan penuh kepada calon iaitu Kohilan.

“Perbincangan antara MIC dan MCA Batu selesai dengan cara yang terbaik, dimana ketua bahagian, penasihat, setiausaha, ketua pemuda dan wanita hadir ke pertemuan tersebut. Kita telah mencari jalan penyelesaian terbaik.

“MCA Batu akan menyokong 100 peratus calon daripada BN. Seperti saya maklumkan dahulu ini adalah isu keluarga, sudah mesti akan ada salah faham sedikit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Kohilan sebagai wakil parti tersebut untuk bertanding di Parlimen Batu.


Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan perkara sebaliknya apabila pucuk kepimpinan BN bersetuju untuk mencalonkan Datuk Seri Yew Teong Look.

Perkara itu mengundang perhatian Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran yang kemudiannya menegaskan bahawa Parlimen Batu akan kekal menjadi milik parti itu seperti yang dimuktamadkan oleh Ahmad Zahid.

Sebelum ini juga, sebuah portal media tempatan memuat naik sebuah video yang memaparkan ahli-ahli MCA Batu menutup bilik gerakan mereka sebagai tanda boikot.

Mengulas lanjut, Kohilan berkata, MCA akan bersama-sama jentera BN mulai hari ini untuk berkempen di kawasan Batu.

“Mereka berjanji untuk bersama-sama jentera BN di kawasan Batu dan mulai hari ini mereka akan menyertai semua program bersama kita,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori