Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Maut Dalam Kemalangan...

KANGAR - Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang...

Malaysia Sebagai Negara Membaca...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030, kata...

Pencuri Terserempak Polis Tidak...

SEREMBAN - Cubaan seorang lelaki memecah masuk dan melarikan barang berharga dari sebuah...

Kerajaan Laksana Perundangan Wajar...

PETALING JAYA – Kerajaan tidak berdiam diri berkenaan isu arahan pembayaran pampasan berjumlah...

PAS Cuba Melaga-Lagakan Pemimpin PH

SEREMBAN : DAP menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mendakwa parti itu menyebar dan mempromosikan Islamofobia sebagai cubaan untuk melaga-lagakan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata buat masa ini, DAP mengambil pendirian bersabar, namun akan membuat penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan pemimpin utama PAS itu.

“Kenyataan beliau (Tan Sri Abdul Hadi Awang) itu memang dilihat cuba melaga-lagakan DAP, PH.

“Kena bersabar, akan buat penjelasan dan kalau ada apa-apa perkara yang kami rasakan fitnah, kami akan buat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14, di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi, yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerusi satu kenyataan mendakwa, DAP bersikap melampau dan cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin Melayu Islam, namun tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.


Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa, DAP sebenarnya menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan Bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu.

Sementara itu, Loke, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata, setakat ini, tiada perbincangan secara terperinci dilakukan di peringkat Pakatan Harapan (PH) mengenai pembentukan Kabinet.

“Setakat ini, belum dibincangkan secara terperinci di peringkat PH. Perdana Menteri kena bincang dengan parti berlainan, gabungan lain khususnya Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan itu tidak membabitkan saya.

“(Di peringkat PH) dibincangkan secara am sahaja, Perdana Menteri akan minta setiap ketua parti untuk bincang apabila beliau bersedia, sebab sekarang ini beliau dengar pandangan dahulu.

“(Mengenai portfolio kementerian) memang ada perbincangan, tetapi itu memang (kuasa) prerogatif Perdana Menteri untuk tentukan anggota Jemaah Menteri,” katanya.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS
  • PH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori