Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Saya Tak Benci Dia,...

KUALA LUMPUR - Hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaan Bella Astillah sekarang...

Diana Amir Selamat Lahirkan...

PELAKON dan pengacara Diana Amir selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.Berita ini dimaklumkan program hiburan Melodi...

Beckham Buat Kebajikan Di...

Bekas kapten bola sepak England, David Beckham menceriakan 200 anak yatim, miskin dan...

Nenek Perasan Cantik Sertai...

UMURNYA sudah 87 tahun namun nenek ini masih menyimpan hasrat untuk memasuki pertandingan `Granny...

PBRS Pula ‘Langgar’ Calon GRS Di Ranau

RANAU – Pertembungan lima penjuru di Parlimen Ranau menyaksikan calon Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menentang calon yang diketengahkan sekutu mereka daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ewon Ebin dari PBRS muncul pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau sebelum beliau disahkan sebagai salah seorang calon di Parlimen berkenaan.

Beliau akan menentang calon GRS yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Jonathan Yasin, Taufik Dahlan (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).

Semakan pada laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Ewon bertanding atas logo PBRS.

Sebelum ini, PBRS yang juga komponen dalam Barisan Nasional (BN) hanya mengetengahkan seorang calon bagi Parlimen Pensiangan iaitu penyandangnya, Datuk Arthur Joseph Kurup.


Sehingga kini, Sinar Harian difahamkan dua Parlimen berlaku pertembungan antara rakan sekutu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee disahkan bertanding dan akan berdepan dengan persaingan lima penjuru dalam pilihan raya kali ini.

Beliau akan menentang rakan sekutu daripada BN yang diwakili bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori