Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bomba Nafi Lewat Tiba...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan agensi itu...

19,378 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 19,378 kes hari...

Angin Kencang Resahkan Penduduk...

GEORGE TOWN - Penduduk Pulau Pinang terutama yang tinggal di bangunan tinggi bimbang...

Pemandu, Kelindan Maut Lori...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori tangki membawa muatan simen...

Pencen, Gaji Dibayar Awal Bulan Ini

PUTRAJAYA – Penjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima bayaran gaji serta pencen lebih awal bagi November iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November depan berbanding pada 25 hari bulan kebiasaannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” jelas surat tersebut.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini Kosmo! Online turut melaporkan tentang keluhan daripada orang ramai yang memaklumkan masih dalam dilema sama ada mahu pulang ke kampung atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab mengundi susulan penetapan tarikh PRU15 pada 19 November ini.

Ia kerana pada tarikh tersebut, kakitangan swasta mahupun kerajaan masih belum menerima bayaran gaji di mana kebiasaannya diperoleh pada 25 hari bulan setiap bulan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori