Penyokong Barisan Nasional (BN) jangan mengulangi kesilapan lalu. Jangan sesekali mengabaikan BN seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Satu ketika dulu anda dihasut oleh musuh BN supaya membenci Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan anda tidak keluar mengundi sebagai tanda protes.
Sebilangan anda yang masih keluar mengundi lebih teruk apabila tergamak mengundi musuh atau membuat undi rosak konon tanda protes terhadap Pengerusi BN itu.
Hanya selepas musuh BN yang terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Negara (PH) berjaya memperdaya anda, baru anda menyesali anda telah tertipu.
Namun segalanya telah terlambat!
Negara musnah, rakyat menderita, ramai hilang pekerjaan, lebih 30,000 nyawa terkorban akibat kegagalan menguruskan pandemik dan parti BN anda cuba dilupuskan.
Mantan Pengerusi BN, Najib Razak dianiaya seteruk-teruknya dan anda sendiri tahu apa dialami insan yang banyak berjasa kepada BN, rakyat dan tanah air itu.
Kini menjelang PRU15 anda dihasut pula supaya membenci Pengerusi baharu BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Taktik yang sama masih digunakan oleh musuh BN.
Musuh BN yang dulu dibawah satu entiti politik PH berjaya mempermainkan anda membenci pemimpin sendiri, kini telah menjadi dua entiti PH dan Perikatan Nasional (PN).
Kedua-duanya walau kini bergerak secara berasingan, namun masih membawa naratif dan agenda yang sama untuk memecahkan undi penyokong BN.
Tentunya langkah mereka memperbodohkan pengundi BN kali ini lebih mudah kerana PN sedang bergerak bersama PAS memperkudakan agama untuk menghasut anda.
Anda sebagai penyokong BN perlu memahami bahawa PRU15 adalah tentang hidup atau mati BN dan sama ada kestabilan serta kemakmuran dapat kembali di Malaysia.
Jika BN tertewas lagi tiada peluang BN bangkit semula kerana para pemimpinnya yang jujur serta ikhlas berjuang untuk BN, rakyat dan negara telah gugur semuanya.
Yang tinggal hanyalah mereka yang membelakangi kepentingan BN demi jawatan masing-masing seperti yang anda saksikan sejak kerajaan PH tumbang.
Sebilangan anda tidak menggemari watak Ahmad Zahid Hamidi sekali pun tidak bermakna anda perlu `membakar rumah’ BN kerana BN adalah sebuah entiti politik.
Pemimpin datang dan pergi, tetapi disebabkan kesilapan anda selaku pengundi BN yan mudah diperdaya dan diperbodohkan maka BN akan `pergi selama-lamanya’.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi musuh terlajak tidak keluar mengundi buruk padahnya. Pengundi BN keluarlah beramai-ramai pada 19 November mengundi BN.
Mynewshub-