Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Ketuai Delegasi Ke...

PORT MORESBY (Papua New Guinea) - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan...

Gadis Pelarian Bosnia Kini...

KIRA-KIRA 22 tahun lalu, gadis ini adalah pelarian perang dari Bosnia Herzegovina di...

Dakwaan Palsu Hubungi SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan...

Pendakwaan Muhyiddin Bukan Serang...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah...

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah jauh meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang dikelilingi taikun-taikun dalam bahan kempen termasuk bendera dan risalah-risalah.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pas yang baru beberapa tahun menjadi kerajaan kelihatan seperti mempunyai amat banyak wang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PN merupakan gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat projek berbilion ringgit ketika pandemik Covid-19.

Justeru, PH berjanji Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan disiasat berhubung perbelanjaan RM500 bilion ketika pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

“Jika ada penyelewengan, kita akan ambil tindakan pendakwaan kerana ia adalah wang negara,” kata Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.


Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi suatu ketika membangkitkan tentang Perintah Darurat membolehkan kerajaan PN membuat perbelanjaan tanpa dibahas di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah memberi peringatan kepada kerajaan PN tentang perbelanjaan wang negara semasa tempoh darurat.

Bahawa untuk meminjam dan berbelanja tanpa kelulusan serta pemantauan Parlimen adalah salah.

Nampak gaya Pengerusi PN dan rakan-rakannya dalam risiko akan berdepan siasatan terkait penyelewengan wang negara jika tewas PRU15.

Semoga dakwaan itu tidak benar kerana jika benar sesungguhnya itulah pengkhianatan yang paling besar dalam sejarah sesebuah negara.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori