Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Rakyat Malaysia Cedera...

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom...

Ramai Benci ‘Roza’ Dayana...

WAJAH pelakon Dayana Roza sering dilihat melakonkan watak wanita yang selalu dianiaya tetapi...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para...

Rakyat Terkesan Covid-19, Hilang...

BERA: Rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan tidak...

PH Tak Tawar Pendidikan Percuma Kerana Keadaan Kewangan Negara – Nik Nazmi

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) tidak mengulangi tawaran pendidikan percuma dalam manifesto Tawaran Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan keadaan kewangan semasa negara yang tidak begitu baik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Jawatankuasa Manifesto PH, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata manifesto PH pada setiap pilihan raya adalah berbeza dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk ia mestilah realistik dengan kemampuan semasa kerajaan.

“Kita lihat keadaan fiskal dan kewangan kerajaan. Apabila hutang kerajaan terlalu tinggi, kita rasakan pendekatan yang lebih berfokus (perlu dilaksanakan).

“Disebabkan itu (tawaran berkaitan pendidikan) difokuskan kepada golongan B40, supaya ia lebih lestari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung dan Ahli Jawatankuasa Manifesto PH, Rajiv Rishyakaran.

Beliau menjawab soalan mengenai manifesto PH pada PRU14 yang menawarkan pendidikan secara percuma kepada semua rakyat.


Naib Presiden PKR itu turut berkata, bukan hanya PH tetapi semua gabungan parti besar turut mengambil langkah sama.

“Barisan Nasional (BN), PAS dan semua parti (lain) akan ada manifesto berbeza setiap pilihan raya, takkan ‘copy paste’ tawaran yang sama. Ini disebabkan keadaan ekonomi dan kewangan negara berubah,” katanya.

Dalam manifesto bertajuk Kita Boleh! Tawaran Harapan PRU15, PH menumpukan kepada beberapa perkara penting dengan fokus bagi menyelamatkan generasi tercicir dalam pendidikan.

Antara janji PH termasuk pengampunan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disasarkan kepada pelajar B40 dan memperkenalkan lebih banyak biasiswa B40 untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori