Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mufti Kelantan Tegur Pasangan...

KOTA BHARU - Meskipun ajaran Islam menggalakkan pasangan suami isteri menunjukkan kasih sayang...

Lagi Pelajar Hilang Misteri,...

TERKINI: Bernama melaporkan pelajar ini telah pun selamat ditemui. SIBU - Seorang pelajar perubatan...

“Saya Masih Boleh Simpan...

PUTRAJAYA - "Saya tak nampak ada masalah, jadi saya masih boleh simpan dia...

Maklum Balik Kampung Kepada...

TAIPING - Orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini, Anwar berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

“Soal peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tidak boleh lagi.

“Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menyeru, mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita,” katanya.

Katanya, sewaktu menerajui Kementerian Kewangan, dia telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan.


Anwar yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas berkata, dia tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.

“Hidup rakyat secara umumnya walaupun tidaklah separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan yang agak sukar, sebab itu di peringkat awal, beberapa hari ini saya tidak peduli fitnah, saya harap kita tumpu soal kerja.

“Saya tidak berminat korek kisah lama… Yang penting ialah ke depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan,” katanya.

Majlis perjumpaan hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Idrus Harun.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori