Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rahim Thamby Chik Didenda,...

SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik...

TPM Tekankan Pentingnya Pekerjaan...

KUALA LUMPUR - Sektor tenaga kerja ASEAN harus meningkatkan kemampuan tenaga kerjanya dengan...

Mangsa Banjir Di Alor...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor...

Dasar Menteri DAP Tindas...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) amat terkilan dan kecewa dengan kenyataan YB...

PRU-15: Cadang KJ Sebagai TPM Perlu Dibawa Ke Mesyuarat – Asyraf Wajdi

Gerik : Cadangan Exco Pemuda Umno untuk menamakan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu dibawa ke mesyuarat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, biarpun Umno pada dasarnya adalah parti bersifat demokratik dan meraikan semua pandangan namun sebarang cadangan seharusnya melalui mesyuarat di peringkat exco dan dipersetujui sebelum diangkat pula kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Itu sistem yang kita ada. Dalam soal ini tidak timbul soal hendak meremehkan pandangan sesiapa kerana itu merupakan sebuah pandangan yang kita harus raikan,” katanya selepas menyantuni rakyat kawasan dalam sesi kempen Walkabout di Pasar Awam Gerik di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan cadangan Khairy dinamakan TPM yang diutarakan melalui kenyataan oleh seorang Exco Pemuda Umno Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Beliau mendakwa jika langkah cadangan itu dapat diumumkan, ia mampu menjamin kemenangan besar BN dalam PRU-15.


Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, pengurangan kebergantungan penuh generasi muda kepada pekerjaan berkonsepkan ekonomi gig dari segi jangka masa panjang merupakan antara manifestasi pelaksanaan manifesto BN sempena PRU-15 ini khusus bagi generasi muda.

“Kalau dilihat aspek anak muda, kita mahu mereka ini hidup dalam suasana kehidupan lebih berkualiti yang pekerjaannya bukan yang sekadar memenuhi keperluan jangka pendek contohnya konteks ekonomi gig.

“Pelbagai insentif diberikan kerajaan untuk memastikan anak muda yang terbabit dalam ekonomi gig boleh diupaya dan diperkasakan.

“(Iaitu) dari segi kemahiran lain supaya mereka tidak seharusnya berterusan bergantung pada ekonomi gig, tetapi sebaliknya mereka boleh menceburi bidang yang mempunyai sifat kelangsungan (hidup) yang lebih berpanjangan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori