Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru 2 Suspek...

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai...

Pengurusan Lama Tak Cekap...

KUALA LUMPUR - Ketidaktentuan pasaran dunia dan ketidakcekapan tadbir urus pengurusan terdahulu merupakan...

Kes Buli Di Sekolah...

KUALA LUMPUR - Kes buli di sekolah menurun kepada 2,795 pada 2017 berbanding...

Kenal Pasti Hidupan Liar...

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan mesyuarat dengan...

PRU-15: Calon PN Parlimen Pulai Bertukar, Hanya Tiga Penjuru

Johor Bahru : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pulai yang sepatutnya ditandingi J.R Deepak Jaikishan seperti yang diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini diganti dengan individu lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

PN menggantikan dengan calon GERAKAN iaitu Ahli Perniagaan, Loh Kah Yong, 48 yang hadir bersama penyokong dan jentera dari PH pada hari penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

Difahamkan Deepak Jaikishan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Klang, Selangor.

Sementara itu, Kah Yong berkata dia diberitahu keputusan akhir Majlis Tertinggi PN untuk meletakkan sebagai calon parlimen Pulai pada tiga hari lalu.

Katanya, beliau berbesar hati menerima tawaran itu dan bersedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat di Pulai.

“Saya terkejut dengan keputusan ini tetapi sangat berbesar hati dengan keputusan ini.

“Ini keputusan akhir dari Majlis Tertinggi PN, saya sudah diberi mandat jadi hari ini saya sudah datang bersama jentera parti,” katanya.

Kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PN.

Penyandang kerusi Parlimen Pulai yang juga Pengerusi PH Johor, Datuk Salahuddin Ayub akan menentang bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) dan Kah Yong dari PN.

“Walaupun bertanding menentang nama besar iaitu Salahuddin dan Nur Jazlan, kita akan usaha sedaya upaya dan berharap penduduk Pulai beri peluang kepada PN supaya kita dapat membentuk kerajaan yang berintegriti dan stabil,” katanya.


Kah Yong sebelum ini pernah menjadi calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Johor lalu.

Sementara itu, Salahuddin berkata pertembungan tiga penjuru lebih memudahkan rakyat untuk memilih Ahli Parlimen mereka.

Katanya, pada awalnya beliau menjangkakan berlaku perebutan sehingga enam penjuru.

“Saya rasa ini pertandingan menarik dan mudah untuk rakyat, kita jangkakan lebih lima atau enam penjuru, ada nama Deepak yang dikatakan akan datang ke sini untuk bertanding, akhirya tiga penjuru.

“Rakyat di Pulai kenal kami, kita pulangkan mandat kepada rakyat untuk menilai,” katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan memaklumkan dia mengikut arahan pucuk pimpinan dan parti yang mahukannya merebut kembali kerusi Parlimen Pulai bagi membentuk kerajaan.

Katanya, keadaan PRU15 tidak sepanas PRU14 dan ia adalah kelebihan buat BN.

“Situasi itu pada jangkaan saya akan memberi kelebihan kepada BN. Saya bertanding untuk parti bukan untuk diri sendiri,” katanya.

Pada PRU14, Salahuddin menewaskan Nur Jazlan yang tiga penggal menyandang kerusi parlimen itu dengan majoriti 28,924 undi.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori