Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

David Beckham Lagi Suka...

DAVID Beckham merupakan legenda bola sepak dunia yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidangnya...

Tular Video Penyerang Tunggu,...

Kuala Lumpur : Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian serangan asid...

Persiapan Untuk Pengundian Awal...

ROMPIN - Persiapan bagi pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin esok...

Aksi Aliff Syukri Masa...

JUTAWAN kosmetik yang terkenal dengan tagline 'terlajak laris', Datuk Alif Syukri sememangnya cukup...

PRU-15: Elak Salah Pilih Pemimpin

Kuala Lumpur : Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu memastikan tidak ada sebarang unsur fitnah daripada mana-mana pihak sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berbaki empat hari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, beliau juga tidak mahu lagi rakyat salah memilih pemimpin dan wakil rakyat mereka.

“Selepas berkempen hampir sembilan hari, saya nampak maklum balas daripada seluruh warga Titiwangsa membabitkan Kampung Baru, Kampung Pandan, Kampung Datuk Keramat, Setapak, Cochrane dan Maluri penerimaannya sangat positif.

“Bagaimanapun saya nak memastikan bahawa dalam tempoh berbaki ini tidak ada unsur fitnah atau perkara yang memanipulasi fikiran rakyat. Sebab itu saya sedang giat turun padang. Saya tak mahu rakyat salah pilih buat kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Lawatan Rumah Ke Rumah di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kampung Padang, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebab utama beliau mendekati penduduk flat adalah kerana mereka mendiami kawasan itu memerlukan wakil rakyat yang tepat.

“Mereka ini memerlukan khidmat wakil rakyat. Kalau golongan T20 kehendak mereka lain. Mereka mahu wakil rakyat bahas berkenaan isu negara dan ekonomi dalam Dewan Parlimen.

“Tapi golongan yang tinggal di kawasan ini lain, mereka mengharapkan pemimpin dalam kawasan ini menyelesaikan masalah mereka.


“Kebanyakan rumah flat yang saya lawati sudah usang. Ada yang bilangan ahli keluarganya ramai tinggal dalam rumah dengan ruang yang kecil.

“Masa kecil mungkin selesa, tapi bila dah besar? Macam mana seorang kanak-kanak itu nak dapat pendidikan bagus kalau di rumah nak buat kerja sekolah pun tak selesa. Ini adalah perkara yang saya nak selesaikan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa dari 2013 hingga 2018, tidak pernah berlaku isu penipuan membabitkan pemaju dan penduduk.

“Mana-mana pemaju yang nak jalankan projek, mereka perlu berjumpa saya dah ahli jawatankuasa perumahan. Saya akan dengar sama ada pemaju itu temberang penduduk atau tak. Saya ada untuk penduduk, jadi mereka akan selamat.

“Sebab itu semasa saya menjadi Ahli Parlimen di sini, tak ada seorang pun kena tipu. Saya buat UDA Legacy siap, Jambatan Saloma siap dan banyak projek lain dijalankan,” katanya.

Pada PRU-15, Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama membabitkan Johari (BN), Khalid Abdul Samad (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) dan Dr Rosni Adam (PN).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori