Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Nyaris Maut...

KULIM - Seorang ibu tunggal dan anak lelakinya nyaris maut apabila rumah dua...

KL2017: Malaysia Cemas Sebelum...

SHAH ALAM - Malaysia menjadikan Singapura sebagai mangsa kedua mereka dalam acara bola...

Lebih 1,000 Pelajar Dapat...

JOHOR BAHRU – Seramai 1,122 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri...

Stok Minyak Masak Peket...

MIRI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan...

PRU-15: Ismail Sabri Kekal ‘Poster Boy’

Bera : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih kekal menjadi ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, setakat ini ketetapan itu masih tidak berubah dan kekal seperti diputuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno selain disokong 156 Bahagian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (Pau) sebelum ini.

“Setakat ini tiada keputusan dari MT untuk mengubah ketetapan yang dibuat sebelum ini (sebagai poster boy).

“Dalam Pau juga sebanyak 156 Bahagian Umno sudah membuat usul untuk mencadangkan saya sebagai Perdana Menteri jika BN berjaya menjadi parti dominan dalam PRU-15 ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bera, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, apa yang penting kini BN perlu terus kekal fokus untuk mendominasi dalam PRU-15 bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Katanya, mood pengundi kini dilihat menyebelahi BN dan diharap ia boleh diterjemahkan ketika hari pengundian kelak.

“Pengundi sudah matang dan memiliki pemikiran yang mampu membuat penilaian terbaik.


“Setiap kali bertanding kita mesti yakin dan BN juga ada keyakinan itu untuk membolehkan kita menjadi parti dominan dalam Parlimen kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memuji sikap pemimpin Umno yang tidak bertanding turun padang dan membantu memenangkan kembali parti.

Katanya, kekecewaan itu sudah pasti akan dirasai mereka yang tidak terpilih dalam PRU-15 mewakili BN namun perasaan itu tidak harus berpanjangan.

“Setiap Pilihan Raya Umum pasti akan ada digugurkan dengan muka baru ditampilkan tapi mereka yang gugur perlu kembali kepada BN.

“Tujuan kita sama kerana mahu memastikan BN menang kerana yang penting bukan individu tetapi parti dan jika prinsip ini dipegang BN pasti akan menang,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori