Kota Tinggi : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Tinggi selepas memperoleh 25,410 undi.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti undian sebanyak 8,390.
Dua lagi calon di parlimen itu dari Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridhwan Rasman meraih undian sebanyak 17,020, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Onn Jaafar mendapat undian sebanyak 4,903.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada jam 10.20.
Parlimen Kota Tinggi merekodkan orang keluar mengundi sebanyak 78.53 peratus dan sebanyak 318 kertas undi ditolak, manakala 478 kertas undi tidak dikembalikan.
-Harian Metro