Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penganggur Cuba Samun Juruteknik...

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit...

Penjawat Awam Kedah Terima...

ALOR SETAR - Sebanyak 5,000 penjawat awam di Kedah akan menerima bonus khas...

Eskalator Perlu Ciri Tambahan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadang supaya beberapa ciri...

Kawalan Ketat Di Wisma...

KELANA JAYA - Keadaan di luar Wisma FAM, di sini tenang sekalipun kawalan...

PRU-15: Mohamed Khaled Akan Bangunkan Kota Tinggi

Kota Tinggi : Melihat kepada asas kekuatan dan sumber yang sedia ada di Kota Tinggi, calon Barisan Nasional (BN) parlimen itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil peluang menggariskan beberapa perancangan yang boleh diambil untuk manfaat bersama di kawasan itu, jika beliau memenangi kerusi parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut beliau, Kota Tinggi mempunyai potensi dan pelbagai kegiatan yang sedang dilakukan di kawasan itu mempunyai peluang untuk dimantap dan ditingkatkan.

“Saya melihat kepada asas kekuatan yang sedia ada antaranya di kawasan Felda, luar Felda dan kawasan pinggir bandar yang mana saya melihat peluang dan kegiatan yang sedang dilakukan di kawasan-kawasan ini boleh dimantap dan ditingkatkan,” katanya yang ditemui ketika berkempen di Jalan Mawai di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, di Kota Tinggi terdapat 12 Felda dengan kawasan yang besar yang mana banyak aktiviti pertanian dan nelayan berlaku di situ, maka melihat, peluang yang ada itu boleh menyumbang kepada bekalan makanan negara.

“Dalam manifesto BN antaranya adalah untuk mewujudkan enam lembah makanan negara, maka terlintas di fikiran saya Kota Tinggi boleh menyahut dan mengambil peranan untuk menjadi salah satu daripadanya.

“Perkara ini penting kerana jika kita terlibat sebagai lembah makanan negara ini, maka bekalan makanan di sini sudah pasti mencukupi bukan sahaja untuk kawasan, tetapi untuk negara juga.

“Ia sekali gus dapat mengawal harga dan kos sara hidup boleh dijaga,” jelasnya.

Selain itu, Mohamed Khaled turut melihat potensi pengusaha industri kecil atau mikro di kawasan itu yang sudah pun mempunyai kekuatan tersendiri.

“Banyak industri kecil yang mana semua ini ada kekuatan dan negara perlu tahu bahawa Kota Tinggi ada banyak produk yang boleh diketengahkan.


“Cumanya, produk ini masih diusahakan dalam pasaran yang kecil, maka, soalnya, bagaimana perkara ini dapat dibangunkan kerana bila mereka berusaha, dengan sendirinya mereka ada jaminan sara hidup,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, Kota Tinggi juga terdapat banyak tempat semula jadi yang menarik dan boleh dimajukan menjadi industri pelancongan tempatan.

“Jika kita lihat, Desaru sudah banyak hotel mewah, tetapi untuk orang biasa bagaimana? Jadi, kita perlu galakkan masyarakat usahakan seperti chalet atau ‘homestay’ (inap desa) dan kemudian kerajaan bangunkan kawasan tepi laut untuk tarik orang ramai dan ada gerai, ini semua untuk pelancong tempatan.

“Ini akan menghidupkan ekonomi dan semuanya ada, hanya bagaimana kita hendak gembelingkan dan lonjakkan,” katanya.

Sementara itu, ditanya pengalaman beliau berkempen setakat ini, Mohamed Khaled menyatakan rasa gembira apabila diletakkan di parlimen Kota Tinggi kerana walaupun ia adalah kawasan baharu buatnya, namun ia diambil sebagai satu cabaran untuk mencungkil potensi yang ada di Kota Tinggi.

“Penerimaan pengundi di sini juga sangat baik kerana mereka sudah lama dengan BN, mereka sudah tahu parti ini, mereka yakin dengan BN. Oleh itu, saya tidak akan sia-siakan perkara itu dan akan cuba buktikan bahawa BN akan memberi khidmat yang baik selari dengan keyakinan yang mereka letakkan.

“Seminggu kempen ini adalah masa untuk saya belajar dan memahami kawasan serta mendalami keadaan selain meninjau isu dan masalah serta cabaran yang dihadapi pengundi. Maka, dalam masa itulah saya fikirkan juga apa yang terbaik boleh dilakukan di sini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori