Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ugut Letup Mercun Bola...

PASIR MAS - Seorang gadis 17 tahun diugut dimasukkan mercun ke dalam mulut...

FAMA N.Sembilan Anjur Fiesta...

SEREMBAN - Orang ramai berpeluang mengunjungi Fiesta Bunga dan Orkid yang menawarkan harga...

PH-BN Peroleh Majoriti Di...

PUTRAJAYA : Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kerusi...

Afrika Selatan Isytihar Bencana...

DURBAN – Presiden Cyril Ramaphosa mengumumkan situasi bencana negara kelmarin selepas banjir dahsyat...

PRU-15: Penyokong Kecoh, FRU Lepaskan Gas Pemedih Mata

TENOM : Proses penamaan calon di Dewan DSP Antanom kecoh apabila sepasukan penyokong dipercayai menimbulkan provokasi sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam video tular dalam media sosial, pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penyokong yang membawa bendera Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Kekecohan itu berlaku difahamkan susulan penolakan pencalonan Presiden Parti KDM, Datuk Peter Anthony yang ingin bertanding bagi kerusi Parlimen Tenom.

Penolakan pencalonan itu dipercayai menyebabkan penyokong parti tersebut menimbulkan kekecohan.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas tentang kejadian tersebut.

Sebelum ini, Peter yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berjaya menggantung hukuman penjara yang disabitkan terhadapnya atas kesalahan memalsukan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori