Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Sindiket MyKad Palsu Umpan...

JOHOR BAHRU - Tawaran kad pengenalan palsu adalah antara taktik digunakan sindiket untuk...

Pasukan SAR Masuk Ke...

MUAR – Pasukan penyelam akan memasuki kapal JBB Rong Chang 8 yang terbalik...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KUCHING - Polis menahan dua warga asing dan merampas 9.63 kg dadah disyaki...

Prestasi Malaysia Melawan Perubahan...

DARI FB NAJIBSEPERTI mana-mana negara dalam dunia, Malaysia juga negara yang sangat terkesan...

PRU-15: Rakyat Diberi Mandat Tentukan Pelantikan Jawatan Awam

Kuala Lumpur : Rakyat akan diberi mandat untuk terbabit dalam pelantikan jawatan awam penting termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat itu diberikan melalui wakil rakyat di Parlimen.

“Rakyat akan diberikan mandat untuk meneliti dan terbabit dalam tapisan pelantikan jawatan awam terpenting di negara ini,” katanya pada pelancaran manifesto BN yang disiarkan secara langsung di laman media sosial, malam ini.

Dalam Perancangan Amal dan Usaha BN (Padu), beliau berkata, BN nekad memastikan amalan politik di negara ini dihidupkan hanya dengan cara bertanggungjawab dan telus melalui penggubalan Akta Pendanaan Politik.

Katanya, BN juga akan menghapuskan semua permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.


“Kejayaan 99 perkara dalam Padu bergantung kepada bagaimana BN mengamal dan mengusahakan dengan berstrategi. Ini bermakna perancangan yang baik mesti disusuli dengan amalan yang berstrategi, baik dan usaha yang gigih.

“Bagi melaksanakannya, BN bukan sekadar harus menjadi kerajaan yang kuat dan stabil tetapi kerajaan dengan pasukan terbaik,” katanya.

Menurutnya, BN akan membentuk pasukan mempunyai ilmu, pengalaman dan berwibawa yang diperlukan dalam menjadikan Padu satu realiti.

Justeru, beliau meletakkannya kepada pertimbangan baik rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori