Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pegawai, Anggota Polis Bayar...

KUALA LUMPUR - Ada pegawai dan anggota polis membayar ribuan ringgit kerana ingin...

Sebahagian Lorong Senawang-Pedas Linggi...

SEREMBAN - Sebahagian lorong di laluan Senawang ke Pedas Linggi (arah selatan) antara...

Ahli Perniagaan Duda Teman...

PENYANYI Azharina Azhar mengaku dia kini sedang berkawan dengan seorang ahli perniagaan berstatus...

KPM Tidak Bercadang Hapus...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan...

PRU15: 11 Saluran Mengundi Parlimen Baram Digantung – SPR

KUCHING : Cuaca buruk menyebabkan proses mengundi di 11 pusat pengundian di Parlimen Baram, di sini, digantung hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dibuat berikutan cuaca buruk menyebabkan petugas tidak dapat tiba ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Justeru, katanya, tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak selepas keadaan

selamat untuk petugas dan pengundi tiba ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian.


Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah (saluran 1 dan 2), SK Long Luteng (Saluran 2), Rumah Panjang TK Matthew Belulok Lalo Kampung Lepo Gah (Saluran 1 dan 2), SK Long Sait (Saluran 2) dan SK Long Tungan (Saluran 1 dan 2).

Turut digantung, SK Long Moh (Saluran 1 dan 2), SK Long Mekabar (Saluran 1), SK Long Jekitan (Saluran 1 dan 2), SK Long Lamei (Saluran 2), SK Lio Mato (Saluran 1 dan 2) serta SK Long Banga (Saluran 1 dan 2).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori