Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sukarelawan Malaysia Memasak Demi...

DIA pernah dibuang dari universiti dan ditamatkan biasiswa gara-gara silap percaturan dalam hidup.Tidak cukup...

Haziq Bimbang Terima Nasib...

SHAH ALAM - Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku terlibat dalam...

Polis Johor Baik Dengan...

SEORANG pemandu warganegara Singapura dikatakan memandu secara kurang ajar dengan menukar lorang secara...

Maut Terjun Dari Tingkat...

KUALA LUMPUR - Lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga Pusat Konvensyen...

PRU15: 15 Kertas Siasatan Dibuka, Tiga Individu Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 15 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka dan tiga individu ditahan pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, lima kertas siasatan di Kedah, Pahang (3), Pulau Pinang (2), Sarawak (2) dan masing-masing satu di Perak, Selangor serta Johor.

“Kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 324, 379, 427 Kanun Keseksaan dan beberapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hazani berkata, PDRM menahan dua individu di Negeri Sembilan pada Jumaat, manakala seorang lagi individu ditahan di Pulau Pinang pada Sabtu.

“Bagi kes tangkapan di Pulau Pinang, kita menerima laporan daripada pengadu mengenai kejadian dia dipukul ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Prai Garden kira-kira jam 7 pagi.

“Pengadu memaklumkan dia didatangi seorang lelaki yang memarahinya kerana membuat laporan ke atas suspek mencabut bendera DAP,” katanya.


Beliau berkata, suspek kemudian bertindak mengambil batang besi lalu memukul kedua-dua kaki mangsa hingga berdarah dan mengambil kunci motosikal pengadu sebelum menelefon rakan-rakannya.

“Mangsa yang ketakutan terus melarikan diri, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami luka di kedua-dua kakinya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hazani berkata, PDRM mengesan sebanyak tiga ceramah yang dijalankan tanpa permit di Melaka.

“Sebanyak 1,822 permit ceramah dikeluarkan di seluruh negara dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi dengan 303 permit diikuti Johor (269), Sabah (239) dan Perak (218),” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori