IPOH – Keputusan tidak rasmi Parlimen Tambun menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memintas pencabarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perikatan Nasional) dengan kelebihan 570 undi.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Calon PH itu memperoleh 8,790 undi manakala Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pula memperoleh 8,220 undi selepas 57 saluran di kira di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Tambun di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini.
Sementara itu, calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 4,858undi dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 171 undi.
-Sinar Harian