Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Larian Paling Sejuk Di...

SERAMAI 16 peserta berani menyahut cabaran larian paling sejuk dalam sejarah, di perkampungan...

“Dapat Tawaran Tak Fikir...

TAWARAN untuk bergandingan di dalam filem yang merupakan kegemaran ramai pastinya menjadi satu...

Suami Isteri Maut, 2...

NIBONG TEBAL - Sepasang suami isteri maut selepas lori yang dinaiki mereka melanggar...

SANTAI : Video Lagu...

Tahukah anda? penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam...

PRU15: BKM Fasa 4 Haram Diterima Rakyat – Tun M

MELAKA – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kuasa yang ada kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri caretaker, selepas Naib Presiden UMNO itu meluluskan peruntukan RM2.1 bilion bagi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang diterima rakyat mulai esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Perdana Menteri itu berkata, memandangkan kerajaan Persekutuan yang mentadbir negara selepas pembubaran Dewan Rakyat adalah sebuah kerajaan caretaker, Ismail Sabri tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan kerana ia perlu mendapat kelulusan Parlimen.

Tegasnya, oleh itu bayaran BKM itu haram diterima rakyat kerana tidak sah dan tidak halal memandangkan perbuatan itu sama sahaja seperti mencuri duit rakyat.

“Bila tidak ada Parlimen yang telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dia (Ismail Sabri) tak boleh buat apa-apa usul.

“Dia tak boleh belanja wang yang banyak kerana semua perbelanjaan dan semua usul mesti diluluskan dalam Parlimen, barulah wang tersebut jadi halal.

“Nampak sangat dia tak boleh tunggu kerana dia nak pengaruh, nak dapat undi maka dia ambil duit kerajaan berjumlah RM2.1 bilion nak bagi pada semua orang,” katanya semasa berucap pada Himpunan Pejuang Melaka di Taman Cempaka di sini, malam tadi.


Program tersebut dihadiri lima calon GTA yang bertanding di Parlimen Masjid Tanah, Tangga Batu, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Jasin.

Khamis lalu, Ismail Sabri mengumumkan, bayaran BKM yang sepatutnya diterima rakyat Disember ini dipercepatkan bagi membantu menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula esok dan dijangka selesai 18 November ini, iaitu sehari sebelum rakyat keluar mengundi PRU15.

Tambah Dr. Mahathir, peruntukan tersebut hanya menjadi halal jika usul itu dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

“Bila tidak ada Parlimen dia gasaklah, ini lah Ismail Sabri awal-awal lagi kita nampak semua pemimpin Barisan Nasional (BN) asyik curi duit sahaja, tak boleh lepas ada peluang nampak duit sahaja dibalunnya,” ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori