Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

iPhone 7s Plus Kalis...

MODEL terbaharu iPhone iaitu iPhone 7s Plus akan dilengkapi ciri pengecas tanpa wayar...

Wanita Maut, Dua Lelaki...

TASEK GELUGOR - Seorang wanita maut manakala dua lelaki yang juga rakan sekerjanya...

Pelancong Jatuh Daki Gunung...

MIRI - Pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan yang kritikal setelah terjatuh ketika...

Wow! Mahathir Sewa Heli...

MEWAH... Kononnya secara tersurat mahu tunjuk tidak salah guna aset kerajaan, namun secara tersirat, mesti...

PRU15: BN Lapor Polis Surat Aku Janji Palsu

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) hari ini membuat satu laporan polis berhubung satu surat yang tular berkaitan aku janji kononnya ditandatangani calon BN yang akan bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Laporan itu dibuat pegawai khas kepada penyandang Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah, Datuk Azizan Md Zin di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.

Azizan yang ditemui media sebaik selepas membuat laporan itu berkata, ia dibuat bagi menangkis fitnah pihak tertentu yang sengaja mereka surat berkenaan untuk memfitnah UMNO dan BN.

“Tujuan saya buat laporan untuk menyatakan kepada rakyat surat aku janji ini satu fitnah kepada UMNO dan BN serta juga untuk menjatuhkan imej Shamsul yang dilihat sebagai orang presiden.

“Saya tampil sebagai pegawai Shamsul untuk menyatakan surat aku janji ini adalah fitnah,” katanya ditemui media selepas selesai membuat laporan polis hari ini.

Satu sidang media juga akan diadakan Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMMS) jam 5 petang ini bagi menjelaskan mengenai surat aku janji berkenaan.


Dokumen berkenaan yang tular sejak semalam, mengandungi senarai aku janji bertarikh 30 Oktober 2022, yang ditandatangani Shamsul, yang dicalonkan bagi kerusi BN di Parlimen Lenggong.

Dokumen dengan kepala surat UMNO itu, turut memaparkan tandatangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Aku janji itu antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Ia turut menyatakan ikrar untuk menyokong sebarang tindakan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN dalam sebarang perancangan dengan parti atau pakatan politik lain, jika UMNO dan BN gagal membentuk kerajaan secara sendiri selepas PRU15.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori