KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) mengumumkan bakal bertanding di 11 kerusi parlimen Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sempena Majlis Pengumuman Calon PRU-15 GRS-BN hari ini.
Antara kawasan parlimen dipertandingkan adalah Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Beaufort, Tenom, Pensiangan, Libaran, Kinabatangan, Kimanis, Lahad Datu dan Kalabakan.
Sementara itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diumumkan oleh pengerusinya, Datuk Hajiji Noor bakal berentap di 13 kerusi parlimen.
Semua kawasan terbabit diwakili calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Dalam pada itu, satu lagi kerusi parlimen iaitu Beluran masih dalam perbincangan.
Kosmo-