Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nahas Duke: Nak Jual...

INSIDEN kemalangan di Lebuhraya Duke benar-benar membuka mata ramai rakyat Malaysia yang prihatin....

5 Cedera: Showcase Chris...

LIMA cedera terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali ketika mengunjungi...

Ahmad Maslan Nafi Pakai...

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan dirinya memakai jam tangan berjenama Rolex, seperti...

Disaman Sebab Guna Waze...

GAMBAR salinan surat saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu gara-gara menggunakan aplikasi Waze...

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keyakinan itu berikutan kedudukan BN pada hari ini jauh lebih baik berbanding PRU14, di samping jentera parti itu sudah memulakan kerja selepas ditewaskan pada 2018.

Bagaimanapun, beliau mahu tempoh yang berbaki empat hari ini dimanfaatkan BN untuk menggerakkan jentera masing-masing supaya dapat mengeluarkan semua pengundi yang dikenal pasti demi memastikan gabungan parti itu dapat membentuk kerajaan.

“Saya juga berharap pola dan corak ini dapat diterjemah dalam PRU15 dan saya sudah mengarahkan ‘Comand Centre’ mengeluarkan surat pekeliling supaya gerak kerja ini diperkemas dan dipertingkatkan lebih tinggi lagi kerana cuma ada empat hari untuk menyelesaikan kerja yang patut, menyantuni dan menghubungi pengundi,” katanya pada sidang media khas di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, di sini, hari ini.


Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dan calon BN Rembau, berkata laporan yang diperoleh juga positif dengan hanya dua tiga tempat perlu ditangani kerana masalah jentera tempatan.

“Ibu pejabat (BN) mengambil pandangan dan mengambil maklum daripada BN negeri dan mereka melaporkan kempen berjalan dengan baik.

“PRU kali ini berlangsung dalam suasana amat tenang berbanding PRU14 dan bahkan jentera kempen sangat tersusun, kerana pengundi sudah lama membuat keputusan untuk parti mana mereka mahu sokong,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori