Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kebetulan Presiden Dipecat Ikut...

SEOUL - Tular menerusi media sosial di Korea Selatan apabila ada netizen negara...

Abdul Hadi Tak Hadir...

KUALA LUMPUR - PAS memohon maaf kerana Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Pemain Kelas Dunia Lebih...

KUALA LUMPUR - Ekoran kekalahan awal pemain kelas dunia di Kejohanan Masters Malaysia,...

Biak Nyamuk Aedes, 2...

KUALA LUMPUR - Dua syarikat pembinaan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini...

PRU15: Calon BN Parlimen Muar Tak Gentar Berdepan Syed Saddiq

MUAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Muar, Mohd Helmy Abd Latif tidak gentar berdepan sosok popular yang juga penyandang kerusi itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Helmy yakin angin perubahan yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini masih berterusan kerana BN dapat membentuk kerajaan yang stabil dan makmur.

“Saya akui setiap calon ada kekuatan, kelebihan dan keterampilan masing-masing. Saya tidak menafikan penyandang adalah seorang yang popular tetapi pilihan akhirnya di tangan pengundi dan mereka lebih bijak untuk menilai.

“Dari segi pertembungan, ini adalah pertembungan terbuka dan saya yakin mampu meyakinkan orang Muar bahawa orang Muar sahaja yang faham orang Muar itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di sekitar Pasar Tani di Stadium Mini Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Mohd Helmy berkata, sejak memulakan kempen sejurus selesai proses penamaan calon, kebanyakan pengundi yang ditemuinya menyuarakan harapan menginginkan orang tempatan menjadi wakil rakyat mereka.

“Saya yakin kerana saya berasal dari Muar, dilahirkan di Muar, bersekolah di Muar dan dibesarkan di Muar. Saya berharap pencalonan saya dapat diterima penduduk Muar,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Muar berkata, selain mendekati pengundi, usahanya juga ditumpukan untuk menawan hati golongan muda bagi meraih sokongan mereka susulan pelaksanaan Undi18.

“Media sosial memainkan peranan penting di waktu ini, saya melihat ‘trending’ ini untuk mereka yang berusia 50 tahun ke bawah, hanya mendapat informasi melalui media sosial. Jadi itu akan kita perkasakan supaya maklumat sampai kepada pengundi.

“Mungkin kalau saya pergi ke mana-mana, tak semua pengundi boleh saya jumpa tetapi melalui media sosial, mereka lebih dekat untuk mengetahui mengenai saya,” katanya.

Bagi kerusi Parlimen Muar, Mohd Helmy berdepan saingan tiga penjuru membabitkan Syed Saddiq yang mewakili MUDA dan Abdullah husin dari Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Syed Saddiq yang bertanding menggunakan logo PKR merampas kerusi Parlimen Muar selepas menewaskan penyandangnya dari BN, Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon PAS, Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori