Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keracunan Gas Punca Wanita...

PULAU PINANG - Polis hari ini mengesahkan bahawa kematian seorang jurujual wanita di...

3 Warga Turki Yang...

PUTRAJAYA - Tiga warga Turki yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan...

Vin Diesel Sahkan Furious...

SESIAPA yang beranggapan Furious 7 adalah siri terakhir filem francais Fast and Furious, maka anda telah tersilap!Ini kerana...

“Bagai Biduk Lalu Kiambang...

PASIR SALAK - Bukan lagi rahsia bahawa pernah ada 'sembilu' dalam hubungan dua...

PRU15: ‘Hidup Che Loh’ Bangkit Semangat BN Tawan Tumpat

TUMPAT : Laungan ‘Hidup Che Loh’ mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Che Abdullah Mat Nawi sebaik selesai proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kira-kira 500 penyokong BN yang hadir ‘menyambut’ Che Abdullah dengan laungan itu sebaik beliau keluar dari pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan di sini.

Proses penamaan calon untuk Parlimen Tumpat berjalan lancar dengan menyenaraikan lima calon iaitu Che Abdullah (BN); Datuk Mumtaz Md Nawi (PAS); Che Mohd Asemari Che Ali untuk Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA); Khairul Azuan Kamarrudin (WARISAN) dan Wan Mohd Johari Wan Omar (Pakatan Harapan).

Che Abdullah berkata, beliau akan mulakan kempen bagi memenangi hati rakyat Tumpat untuk meneruskan agenda yang masih belum selesai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen pada penggal lalu.

“Saya diterima menjadi calon Parlimen dan Insya-Allah akan mulakan kempen untuk cuba memenangi PRU kali ini dan diharapkan rakyat Tumpat beri sokongan untuk kita teruskan agenda yang belum selesai.

“Sekurang-kurangnya beri lagi satu penggal untuk saya berbakti kepada rakyat Kelantan dan Tumpat khususnya… saya rindu dan sayangkan rakyat Tumpat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Persaingan sengit dilihat bakal berlaku antara beliau dengan calon PAS, Mumtaz kerana pernah berada di bawah satu bumbung parti suatu ketika dulu.


Che Abdullah berkata, sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang politik, aspek persaudaraan sentiasa diterapkan malah untuk situasi baharu yang perlu bertanding dengan calon yang pernah berada dalam satu parti yang sama, politik persaudaraan masih diteruskannya.

“Bukan kerana kerusi tapi saya membawa pembangunan kerana sepanjang berkecimpung dalam politik, saya sentiasa mempelopori persaudaraan sebab itu apabila UMNO memberi ruang untuk bertanding, saya tidak begitu asing dengan pemimpin UMNO kerana sudah jalinkan persaudaraan malah politik saya adalah politik persaudaraan.

“Cuma mungkin cubaan dari Allah dalam saya mempelopori persaudaraan itu tiba-tiba dalam parti saya sendiri penuh dengan kebencian. Saya tak pernah kecewakan rakyat Tumpat jadi jangan kecewakan saya,” katanya.

Ditanya beliau mungkin berdepan dengan kesukaran untuk membolos kubu PAS di mana-mana kampung ketika berkempen, Che Abdullah berkata, tidak merasakan timbul masalah kerana ramai yang masih menyokongnya.

“Saya rasa tiada masalah dan yakin terhadap sahabat, pendukung PAS lain apabila mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mereka akan menyokong saya.

-Berita Harian

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori