Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perghh.. Wang Kertas RM100...

PERCAYA atau tidak, sekeping wang kertas bernilai RM100 berjaya terjual dengan harga bidaan RM76,000...

Aktivis Didakwa Terbitkan Penerbitan...

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis pembangkang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kes Denggi Di Labuan...

LABUAN – Jumlah kes denggi di sini menunjukkan peningkatan dengan 27 kes dilaporkan...

Awie Temui Barang Khurafat,...

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini (Selasa), satu dakwaan...

PRU15: Ismail Sabri Berdepan Saingan 3 Penjuru Di Parlimen Bera

BERA : Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif, berkata pihaknya menerima borang pencalonan bermula jam 9.03 pagi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN.

Sementara itu, pertembungan empat penjuru berlaku bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai antara BN, PN, PH dan calon Bebas,

Kerusi DUN Triang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PN dan PH.

Bagi kerusi Kemayan hanya dua calon layak bertanding masing-masing dari BN dan PN, manakala calon PH, Manolan Mohamad ditolak kertas pencalonannya.


Terdahulu, Zaman Azam mengumumkan calon boleh menyerahkan borang pencalonan bermula 9 pagi dan tamat sejam kemudian.

Calon bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, dekat sini.

Lebih 1,000 penyokong semua parti bertanding berkumpul di pekarangan dewan bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Seramai 77,669 pengundi akan menunaikan tanggungjawab 19 November depan.

Kerusi Parlimen Bera sebelum ini disandang Ismail Sabri sejak 2004.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori