Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pervez Cadang Kabul, Taliban...

Islamabad - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf mencadangkan Kabul berkongsi kuasa dengan militan...

S/U Politik PM Minta...

KECOH... Ketika penyokong Pakatan Harapan (PH) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ganti Tun...

500 Guru Bantu Pulihkan...

KUALA TERENGGANU: Bantuan untuk murid sekolah yang menjadi mangsa banjir tidak hanya setakat...

Sharon Osbourne Dapat Inspirasi...

HOS televisyen popular, Sharon Osbourne turut mendapat inspirasi daripada bintang seksi siri realiti...

PRU15: Johari Sahut Cabaran, Rampas Semula Parlimen Titiwangsa

KUALA LUMPUR – “Kalau nak tahu siapa juara sebenar tunggulah PRU15 nanti”.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Demikian tegas calon Barisan Nasional (BN) yang akan mewakili Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika mengulas mengenai pemilihanya di parlimen tersebut.

Jelasnya, beliau berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan yang ditandinginya itu.

” Saya telah bertanding di sini (Titiwangsa sejak 2014 dan sekali saya menang dan sekali kalah.

“Ia ibarat bermain bola, kalau nak tahu siapa menang siapa kalah kena tunggu PRU15 nantilah, pemenang sebenar akan ditentukan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Menara Dato Onn di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sejak kekalahan PRU14 lalu, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat di Titiwangsa dan terus menjalankan ‘kerja’ seperti biasa.


“Saya dah buat kerja ini dah empat tahun, sejak saya kalah tu buat kerja macam biasa. Jadi saya akan teruskan apa yang telah saya lakukan selama ini, “ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan peluangnya untuk memenangi Parlimen berkenaan, Johari enggan mengulas lanjut.

Tetapi katanya, peluang itu ada selepas penyandang kerusi itu telah meninggalkan kawasannya.

Sebelum ini, Parlimen Titiwangsa telah dimenangi Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Mohd Harun pada PRU14.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,139 undi, dengan mengetepikan Johari, bekas Menteri Kewangan II dengan memperoleh 23,840 undi.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori