SHAH ALAM : Penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Muhammad Sabu atau Mat Sabu ‘koyak’ apabila diprovokasi penyokong parti.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Calon Parti Harapan (PH) itu dilihat bertengkar dengan penyokong Barisan Nasional (BN) ktika keluar daripada pusat penamaan calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, dekat sini.
Pertengkaran itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang sentuhan fizikal selepas pihak berkuasa membawa Mat Sabu masuk semula ke dewan penamaan.
Proses penamaan calon bagi Parlimen Kota Raja menyaksikan pertembungan lapan penjuru termasuk tiga calon Bebas.
Pertembungan itu menyaksikan penyandang kerusi yang juga Mat Sabu yang juga Presiden AMANAH tampil mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU14.
Turut diumumkan sebagai calon, Mohamed Diah Baharun (PN), D Kajendran (BN), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia) dan Fahmi Bazlan Muda (Pejuang), manakala tiga calon Bebas, P Raveentharan, S Surendhar serta K Kumar.
-Berita Harian