Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perlu Kelulusan Sebelum Laksana...

KOTA BHARU - Semua pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah kerajaan negeri perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan awal ...

Delegasi BIMP-EAGA Bertemu, Kerjasama...

LABUAN - Peneraju perniagaan Malaysia hari ini bertemu dengan rakan-rakan mereka dari Brunei,...

Keluarga Mangsa Banjir Terima...

JERANTUT - Semua mangsa banjir akan menerima bantuan khas RM500 bagi setiap isi...

Penjara Setahun, Denda RM50,000...

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda...

PRU15: Nurul Izzah Janji Tunai Empat Agenda Utama Dalam Tempoh 30 Hari

PERMATANG PAUH : Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengumumkan empat agenda utama yang akan ditunaikannya dalam tempoh 30 hari sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, keempat-empat agenda yang bakal dilaksanakan itu meliputi kepentingan kebajikan dan kesejahteraan penduduk Permatang Pauh.

Agenda pertama katanya, bantuan capaian makanan warga emas, ibu tunggal akan dilebarluaskan termasuklah kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

“Kedua, menerusi program Kita Belajar, kanak-kanak bakal mengikuti kelas tuisyen dan mengaji al-Quran secara percuma manakala penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan menerusi iBita.

“Selain itu, prasarana dan kemudahan wifi untuk anak-anak tempatan yang sebelum ini hanya boleh diakses secara percuma di Yayasan Aman Penanti akan diperluaskan ke Pusat Komuniti Penanti dan Seberang Jaya.


“Yang terakhir, Fit Permatang Pauh diwujudkan khas meliputi pelbagai aktiviti antaranya senaman, bola sepak dan program permotoran khusus buat anak-anak muda di sini,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, pelaksanaan agenda terbabit menjadi sebahagian daripada khidmat beliau sekiranya diberi mandat untuk mempertahankan Permatang Pauh.

“Pulanglah mengundi dan insya-Allah tidak lama lagi kita bakal menyaksikan peralihan sejarah yang digarap rakyat sekali gus menjadi sebahagian daripada perubahan negara,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori