Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Ditahan Cuba Masuk...

Polis semalam menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, dengan sebilah parang...

Bekas Naib Pengerusi DAP...

KUCHING: Bekas Naib Pengerusi DAP Sarawak, Wong King Wei mengesahkan tidak akan mempertahankan...

Lelaki Dipenjara 12 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi...

Ayuh Malaysia, Doakan Lee...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat...

PRU15: Pengarah SPR Perak Mengadap Sultan Nazrin Di Istana Kinta

IPOH – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd. Nazri Ismail tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd. Nazri tiba di Istana Kinta pada pukul 10.23 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Difahamkan pertemuan itu bagi menyembah maklum kepada Sultan Nazrin berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi negeri Perak.

Terdahulu, turut dilihat memasuki pekarangan istana, kenderaan dinaiki Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.


PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi terbanyak dengan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) pula 24 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).

Seramai 3,369,743 pemilih berdaftar di negeri ini mengambil bahagian pada hari pengundian semalam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori