Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jumlah Korban Coronavirus Meningkat...

BEIJING - Jumlah kematian terkini akibat wabak coronavirus meningkat kepada 490, selepas pihak...

Tapak Arkeologi Guar Kepah...

KEPALA BATAS - Kerajaan negeri akan memohon untuk menjadikan Tapak Arkeologi Guar Kepah,...

Sasar Pangkalan Udara, Tapak...

KAHERAH - Tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi di Yaman menyerang pangkalan udara...

KTM Sedia Perkhidmatan Komuter...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) menyediakan perkhidmatan KTM Komuter...

PRU15: Penjawat Awam Diberi Cuti Khas, Gaji Awal?

BERA : Penjawat awam mungkin diberikan cuti khas dan bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan mereka dapat pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah memikirkan pelbagai inisiatif bagi memberikan kemudahan kepada pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita kaji (kemudahan kepada pengundi) daripada mula bubar Parlimen dan sudah bincang perkara itu cuma ‘timing’, insya-Allah ada pengumuman, mungkin banyak lagi.

“Kita tunggulah jika ada pengumuman daripada saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Kenduri Kampung Bersama Penduduk Kampung Bohor Baru di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru di sini hari ini.

Beliau mengulas kekangan masa pengundi untuk pulang ke kampung untuk mengundi serta kekangan kewangan apabila gaji belum diterima sebelum tarikh pengundian.


Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura terutama mereka yang berasal dari negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara tanah air dijangka tidak pulang untuk mengundi pada PRU15 ini.

Alasan yang diberikan, kekangan kerja seperti tidak dapat cuti selain faktor kewangan serta tempoh masa melibatkan perjalanan yang jauh dengan cuti singkat hanya sehari.

Berdasarkan rekod terdapat kira-kira 300,000 rakyat Malaysia kini bekerja di Singapura dengan sebahagian mereka adalah rakyat Johor.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori