KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) menafikan penularan kenyataan media yang menyatakan bahawa parti itu memeterai kerjasama dengan Pakatan harapan (PH).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memuat naik status di laman Facebook rasminya memaklumkan kenyataan media itu adalah palsu.
Kenyataan media yang tular itu antara lain memaklumkan Barisan Nasional (BN) adalah lawan yang wajib dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Kleptokrat tidak boleh kembali ke Putrajaya.
Selain itu, PN melalui beberapa siri perbincangan bersetuju dengan syarat kerjasama yang diletakkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan itu saja, kenyataan terbabit turut mengatakan PN akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
PN pula akan diperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 yang diberikan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Kanan.
-Berita Harian