Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Kes Pencemaran Sungai...

JOHOR BAHRU - Perbicaraan kes seorang pemandu lori dan tiga pengarah syarikat yang...

Pemilik Premis Perniagaan Gagal...

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) mula menjalankan penguatkuasaan kompaun pada hari ini terhadap...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi,...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka tinggi, tetapi kemudiannya menyusut, selari dengan kedudukan...

Wanita UMNO Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO menerima baik dan bersetuju dengan cadangan Majlis...

PRU15: Presiden MCA Pertahan Kerusi Parlimen Ayer Hitam

BATU PAHAT : Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong disahkan memenangi kerusi Parlimen Ayer Hitam apabila berjaya meraih sebanyak 18,911 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kemenangan Ka Siong itu menjadikan beliau terus mempertahankan kerusi parlimen berkenaan buat penggal yang kelima.

Ka Siong memperoleh majoriti 2,963 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Syeikh Omar Bagharib Ali yang memperoleh 15,948 undi serta Syafiq Aziz dari Perikatan Nasional (PN) dengan 11,833 undi.

Keputusan rasmi PRU15 bagi Parlimen Ayer Hitam itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ayer Hitam Nor Faiz Jamil pada jam 10.55 di Dewan Muafakat Ayer Hitam di sini.


Parlimen Ayer Hitam merekodkan seramai 61,041 pengundi dan daripada jumlah itu seramai 46,692 pengundi direkodkan keluar mengundi pada hari ini dan juga pada hari pengundian awal.

Sebanyak 361 undi ditolak, manakala 119 undi tidak kembali dan sebanyak 77.28 peratus pengundian direkodkan pada PRU kali ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori