Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Pelancong China,...

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod...

Tahniah! Ana Raffali Selamat...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat penyanyi Ana Raffali selamat melahirkan bayi lelaki, Khamis lalu.Berita...

Siti Kasim Seru Pengundi...

PULAK DAH... Peguam kontroversi, Siti Kasim memang diketahui amat cenderung kepada Pakatan Harapan...

Putera Harry, Meghan Tiba...

WELLINGTON – Majlis sambutan bertemakan budaya tempatan menggamit kunjungan Putera Harry dan isteri,...

PRU15: Proses Pengundian Bermula

KUALA LUMPUR : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula secara rasmi pada 7.30 pagi ini di Sabah, Sarawak dan Labuan manakala di Semenanjung Malaysia bermula 8 pagi nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah yang

tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU15 yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya, pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang.

Namun, ada pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal antaranya Balai Raya Pulau Besar di dalam daerah mengundi Pulau Besar di Johor yang akan ditutup pada 11 pagi.


Di Sabah, Sarawak dan Labuan pula pusat mengundi akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundian awal yang berlangsung pada Selasa lepas menyaksikan 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori