Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ustaz Azhar Idrus Tiada...

SHAH ALAM : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar...

Berlaku Diskriminasi, Afdlin Shauki...

PELAKON dan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki mengejutkan peminat industri hiburan apabila mengumumkan...

Malaysia Mahu Tarik Lebih...

PUTRAJAYA - Malaysia akan merebut peluang untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa yang...

Peniaga Hasilkan Cendol Dari...

BUTTERWORTH – Cendol kebiasaannya diperbuat daripada tepung beras, namun seorang peniaga membuat kelainan...

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyangkal ada mengelap tangan di pakaian ibunya, selepas bersalaman dengan seseorang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa individu yang bersalaman itu ialah pegawainya dan beliau hanya merehatkan belakang tangan, bukan bahagian telapak seperti didakwa netizen.

“Saya berharap agar netizen dapat elak buat tuduhan tidak berasas dan negatif kerana apa yang ditohmahkan itu adalah jelas tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memproses undi pos melibatkan sejumlah 51 pemilih kerusi tersebut yang tidak hadir kerana berada di luar negara.


Sejak semalam, pengguna media sosial tempatan kecoh dengan video tular yang memaparkan insiden Rina mengelap tangannya di pakaian ibunya, Taiyibah Rusli setelah bersalaman.

Insiden dirakamkan ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu itu ditonton lebih 3,000 kali dan menerima banyak komen negatif termasuk menuduh aksi beliau sebagai kurang sopan.

Mengulas lanjut, beliau berharap individu yang memfitnah dirinya itu supaya menghentikan segera perbuatan mereka kerana perkara sedemikian kurang baik dan dilaknat Allah S.W.T.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori