Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Sarawak Perkenal Ujian Penilaian...

KUALA LUMPUR - Sarawak akan memperkenalkan ujian penilaian psikologi sebagai syarat tambahan bagi...

Ciri Baru Twitter Cegah...

TWITTER memperkenalkan ciri baharu dalam usaha membendung pembuli dalam talian yang menggunakan platformnya. Lapor...

Anggota APMM Maut Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua...

Saran Imigresen Beri Insentif...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar pihak...

PRU15: Rundingan Pembentukan Kerajaan Bermula, Istana Negara Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR : Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencipta sejarah buat negara apabila tidak ada satu pun gabungan parti yang cukup majoriti 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Situasi ini lebih rumit berbanding rekod PRU14 pada 2018, sekali gus meletakkan kedudukan politik negara berada dalam suasana tidak menentu.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) dilaman webnya, membabitkan 220 kerusi Parlimen setakat pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, jumlah kerusi terbanyak mengatasi saingan terdekatnya, Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

Sementara Barisan Nasional (BN), mengalami kekalahan terburuknya dalam siri PRU selepas hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen diikuti Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (WARISAN) (tiga), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (satu) dan calon Bebas (dua).

Dua kerusi Parlimen masih belum diumumkan iaitu Parlimen Baram di Sarawak, yang ditunda proses undiannya ekoran situasi cuaca, sementara kerusi Parlimen Padang Serai, tarikh membuang undi juga ditunda selepas kematian salah seorang calonnya yang bertanding sebelum ini.

Di sebalik keputusan yang teruk diraih BN khususnya UMNO kali ini, PN yang pertama kali menyertai PRU sebagai gabungan parti politik mengungguli kedudukan di kerusi majoriti Melayu, selain membina dominasi kukuh di peringkat kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah serta Melaka.

PN menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan di Terengganu menggunakan logo PAS, selain membentuk kerajaan negeri di Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di Perak, PN juga berpotensi memimpin kerajaan negeri, jika dipersetujui BN untuk bergabung selepas memperoleh 26 kerusi DUN, sementara BN (sembilan) dan 24 kerusi DUN dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Justeru, melihat keputusan PRU15 khususnya di peringkat Parlimen, fokus hari ini sudah tentunya terarah kepada persetujuan parti-parti politik untuk membentuk gabungan kerajaan bersama.


BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilihat penentu dalam menentukan sama ada PH atau PN yang memiliki jumlah kerusi cukup untuk membentuk kerajaan akan bermesyuarat hari ini, dijangka memutuskan keputusan dan pendirian rasmi gabungan pilihan mereka.

Jika rundingan gabungan parti-parti politik untuk meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi ini berjaya, parti-parti yang setuju bergabung akan memutuskan satu nama yang dipersetujui untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri.

Berdasarkan nama calon Perdana Menteri yang dipersetujui sebelum PRU15, PH sebulat suara menamakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara PN mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang juga Pengerusi PN.

Namun, jika rundingan gabungan parti membentuk kerajaan ini gagal memutuskan seorang calon untuk dipersetujui sebagai Perdana Menteri, tumpuan akan mula terarah kepada Istana Negara, dengan SPR juga dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembahkan keputusan rasmi PRU15.

Yang di-Pertuan Agong juga dijangka memanggil ketua-ketua parti untuk menghadap bagi baginda mendapatkan kepastian sendiri daripada ketua-ketua parti mengenai pendirian gabungan blok parti.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut mempunyai kuasa dalam memilih Perdana Menteri sungguhpun tiada gabungan parti politik dominan atau mendapat majoriti mudah selepas keputusan PRU15 diumumkan.

Mengikut Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara melantik Perdana Menteri mengikut proses yang ditetapkan Perkara 43(2)(a) tanpa terikat dengan mana-mana konvensyen negara luar termasuklah Westminster.

Melihat situasi semasa ini juga, bayangan gabungan parti mana yang berpotensi membentuk kerajaan kali ini dijangka akan diketahui malam ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori